About myself

My photo
Don't mess up with me.SPM victim 2013.Life is torturing.

Pembaca Setia :)

My Blog

Daisypath Vacation tickers

Duit Tabung.

Thursday, May 31, 2012

Dia atau Dia

Seri merupakan seorang yang biasa dan tidak 'hot' seperti remaja lain.Dia hanyalah remaja yang mempunyai matlamat hidupnya sendiri.Seri sering memikirkan apa kelebihannya bercinta dan apa itu cinta sehinggalah dia bertemu sang pria di simpang hidupnya,Adam.Adam seorang yang kacak,berpelajaran dan menjadi kegilaan ramai namun dia dalam diam menyimpan sekelumit perasaan terhadap Riana,sahabat karib kepada Seri dan Melor.Seri sering memerhatikan tingkah laku Adam yang telah membuatkan hatinya runtun kerana seorang lelaki.Seri sering datang awal ke kolej kerana ingin bertemu Adam.Aktiviti harian Adam dia selidiki dan dia sering angau seorang diri memikirkan Adam.
Hadirmu tidak kusangka,Bicaramu tidak ku impi,Desir ombak menghanyutkan aku,Dan juga perasaan yang satu,Peribadimu diimpi semua sunti,Wajahmu melengkapi hari-hari,Hingga aku berdetak,Apakah perasaan ini?Aku ingin menjadi seseuatu dalam hidupnya,Namun aku takut untuk menjalani semua itu lagi,Setelah hati aku sudah tertipu oleh seorang lelaki,Namun adakah dia yang akan menjadi teman hari tuaku?Atau dia yang sudah merobek hatiku.
Pada suatu petang,Seri terlihat  Adam dan Riana asyik berbual di kafeteria tetapi Seri menidakkan cemburunya kerana menganggap mereka berdua hanyalah berkawan baik dan beranggapan mereka berdua ada urusan yang harus diselesaikan.

 'Seri,kau minat Adam ek?Aku tengok kau ni pelik semacam je..dahla punya banyak ayat jiwang kau kat buku nota..Baik kau terus terang'ujar Melor kepada Seri yang sering kelihatan termenung dan tersenyum seorang diri tatkala Adam menghampiri mereka.Namun Melor agak sukar percaya terhadap tanggapannya itu kerana tahu Seri bukan jenis seorang perempuan yang mudah mencintai seorang lelaki.Hati Seri keras serupa batu! 'Mana ada aku minat Adam,alah jantan muka berlagak handsome macam tu mesti ramai betina keliling pinggang,tak heran aku dgn dia.Takkan la kau tak tau aku ni macam mana.'balas Seri.
Aku membencinya tetapi dalam diam aku menyukainya ..
 'Tapi Seri kau kena ingat Adam tu baik.Walaupun dia handsome anak orang kaya tapi aku rasa dia bukan macam yang kau anggap.Aku tak kisah kalau kau suka dia..lagi aku suka adala.Aku takut yang kau cakap tak nak sekarang ni bila terpanah dekat hati kau,kau jugak yang angau'lantas Seri menyambung 'Aish ni aku ke kau sebenarnya minat kat Adam ni?Kau jangan Melor nanti kang si Aril tu patah seribu aku tak tahu..haha' Mereka berdua ketawa namun dalam hati Seri dia masih keliru akan perasaannya terhadap insan yang telah mencuri hatinya,Adam manakala naluri hati Melor kuat menyatakan bahawa sahabat yang berada dalam pelukannya itu sudah jatuh cinta.

******************************************************************************************************************************************************************

 'Seri,Melor aku nak kuar jap jumpa kawan.Korang takyah ah tunggu nak kuar makan dgn aku ek,nanti kalau pengsan sebab kebulur aku jugak yang susah.'Riana memberitahu sahabatnya itu sambil sibuk bersiap untuk bertemu teman lelakinya yang amat dia kasihi. 'Yelah,pandai-pandai la nanti aku cari makan dgn Seri.Yang kau ni pakai cantik-cantik nak jumpa sape sebenarnya?takkan dah ada pakwe kot...amboi langkah bendul nampak.'ujar Melor.'Mana ada,biasa je la aku nak jumpa kawan biasa je..Sibuk ah kau ni..aku cubit baru tahu..hehe'Riana membalas sambil memakai kasut lalu berlalu pergi.

 'Weh,Seri cuba kau tengok sape tu.Riana kan?Amboi dia tgh syok dating ngan sape tu..jom weh kita g serbu.'Melor bertanya kepada Seri.'Malas ah aku masuk campur hal orang.Kang tak pasal2 kita pulak kena marah dengan si Riana tu'..Belum sempat Seri menghabiskan katanyua Melor pantas mengheret dia pergi ke tempat Riana. 'Riana percayalah cakap abang,abang sayang sangat dekat Riana...InsyaAllah hujung bulan ni keluarga abang akan hantar rombongan meminang ye sayang.Kita kahwin ye?Adam berkata.'Tapi bang,tak rasa ke cepat sangat?Riana pon sayang sangat dekat abang cuma hubungan kita ni takde sape pon tahu termasuk Melor dgn Seri..nanti kalau dorang tahu kita nak berkahwin dah mesti kecil hati diaorang' ujar Riana dlm suara sayu. 'Riana,Adam apa korang buat kat sini hah?siap pegang2 tangan lagi..Korang ada apa sebenarnya?'Melor menyentak sehinggakan Riana dan Adam terkejut..'Aku,aku dengan Riana takde pape lah kami saja je kuar dinner ni..Oh jom ah join kami'Adam cuba menyampuk percakapan Melor manakala Seri pula sedang cuba menahan daripada titisan air matanya jatuh ke bumi.Hati dia hancur,robek. 'Takpela,Adam korang nikmati lah makan malam korang tu.Riana,balik nanti kau tolong jelaskan semua ni.' ujar Melor dalam keadaan tenang dan cuba menoleh kearah Seri yang diam seribu bahasa.Dalam hatinya berkata 'Sabar Seri,aku faham perasaan kau'.

 'Mel,kenapa semua ni berlaku dekat aku mel.Aku baru je terbuka hati untuk menyayangi dan dikasihi seseorang tapi kenapa semua ni pulak yang terjadi.Apa salah aku Mel sehinggakan aku silap sbb mencintai kekasih sahabat aku sendiri Mel.Sahabat baik aku...'Seri cuba berkata dalam keadaan tersedu sedan di dalam pelukan Melor. 'Sabar Sei,kau kena banyak tabahkan hati.Bukan salah kau pon semua ni terjadi.Kau tak tahu pon kan dua orang tu ada hubungan.InsyaAllah,ada lagi yang lebih baik daripada Adam.Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk kau Seri.Dah sekarang aku tak nak tengok kau sedih macam ni lagi..aku akan selalu ada untuk kau.'Melor cuba menenangkan sahabat yang dikasihinya. 'Tapi aku tak sekuat tu Melor,dulu aku dah patah hati dengan Amjad.Dia curang dekat aku padahal aku dah setia dgn dia.Tuptup bila dia dapat tawaran belajar dekat luar negara dia tinggalkan aku macam tu je..Sakit hati ni Mel sakit sangat..Tapi tak apa demi sahabat karib aku,aku rela berkorban demi dia..Aku doakan dia dan Adam bahagia selamanya.Aku nak focus study utk exam sem akhir ni.'Seri cuba mengatur kata dalam kepahitan.'Ha..macam tu la kawan aku,tabah dengan apa yang terjadi.Kita sebagai wanita jangan lemah.Ala macam dalam lagu sape tu yang nyanyi Jangan pandang ku sebelah mata,hanya kerna aku wanita'.Melor dan Seri ketawa walau jerih yang dipikul namun Seri cuba mengukir sebuah senyuman.
Patah sekali lagi,adakah selamanya aku akan patah dan patah lagi?
******************************************************************************************************************************************************************

Seri sekarang sudah berjaya sebagai seorang arkitek yang berkhidmat di sebuah syarikat terkemuka ibu kota.Melor dan Riana masing-masing sudah bahagia menikmati kebahagiaan rumah tangga disamping tersayang kecuali dia.Berapa kali Seri terpaksa menadah bebelan kedua ibu bapanya agar mencari calon suami.Dia bukannya tidak ingin berkahwin seperti orang lain namun dia masih menyimpan sekelumit perasaan terhadap seorang lelaki yang dia tahu tidak akan menjadi miliknya.

Pada suatu hari,Seri ditugaskan oleh syarikatnya untuk menguruskan sebuah projek bersama pengarah urusan yang masih belum dikenalinya di Paris.

 'Amjad?Apa awak buat dekat sini?Maaf seat sebelah ni bukan untuk saudara tapi pengarah urusan syarikat saya.'Ujar Seri kaget melihat kelibat Amjad yang hampir 9 tahun tidak bertemu.'Oh,jadi betul la ni tempat saya,perkenalkan saya Amjad pengarah urusan yang akan bergandingan dengan awak menguruskan projek di Paris nanti'.Amjad perkenalkan dirinya.Di dalam hatinya dia terlalu merindui gadis ini,gadis yang membawa seribu erti kepadanya dan gadis yang harus ditipu oleh nya dengan sebab mempunyai wanita lain kerana desakan ibu bapa yang tidak merestui hubungan mereka,Seri.Dalam waktu yang sama,Seri masih kaget dan timbul perasaan benci yang membuak-buak kepada Amjad,lelaki tak berguna baginya.

 'Seri saya boleh terangkan segala peristiwa yang berlaku 9 tahun lepas,sayang.Percayalah abang terlalu merindui dirimu'.Bisik Amjad di telinga Seri lalu Seri mencebik tanda protes.Mahu saja dia bangun dan meminta pramugari menukar seatnya namun Amjad lebih bijak kerana awal-awal lagi dia sudah memberitahu pramugari di dalam flight tersebut agar tidak membenarkan Seri menukar tempat duduk.

 Sepanjang keberadaan mereka berdua di Paris pelbagai cara telah dilakukan Amjad untuk memikat kembali hati Seri.Namun Seri ego dan masih geram dan sebel memikirkan perkara yang sudah terjadi antara dia dan Amjad hinggalah tiba suatu hari..

 'Seri awak dengar sini,saya tak pernah lupakan awak 5 tahun lepas.Awak tau tak saya rindukan awak setiap hari?Tanggapan awak yg saya ada betina lain tu semua rancangan mama sebab dia tak suka hubungan kita.Awak tau tak..saya sampai kan hantar pengintip suruh mengintip awak setiap masa dan gambar-gambar yang mereka ambil semuanya berada dalam simpanan saya.Kalau awak tak percaya,nah ambiklah!!!Seri,saya sayang awak..saya nak beri awak kebahagiaan,tolong beri saya peluang kedua!Ibu dah merestui hubungan kita berdua Seri...'rintih Amjad merayu agar Seri menerimanya kembali lalu Seri berkata dalam hati..

 'Maafkan aku,tetapi aku mencintai dia,dia yang memang pasti bukan milik aku'.Seri beredar dalam tangisan meninggalkan Amjad yang mengharapkan sebuah jawapan daripada Seri.

 'Seri,aku rasa baik kau terima Amjad.Kau pon dah tahu kan kebenarannya,buat apa kau mencintai orang yang tak mencintai dan tak mungkin menjadi milik kau?Cinta itu kau boleh pupuk bila kau dengan Amjad mulakan semuanya dari awal sekali lagi.Kau kena ingat Adam dah kahwin dah pun dengan Riana,Riana tu dah hamil pon 5 bulan..takkan la kau tak nak go on dalam hidup kau?'Melor menasihati Seri yang dalam dilema menerusi Skype.

'Ya,aku tahu tapi aku tak boleh.Hati aku ni aku rasa hanyalah untuk Adam.Amjad sepatutnya boleh mendapatkan perempuan lebih baik dari aku'.'Kau boleh Seri,cuma kau je taknak..kau masih hanyut dengan perasaan kau tu lagi.Amjad pilih kau sebab kaulah yang terbaik untuk dia,bagilah dia peluang sahabat'.Melor cuba memberi kata peransang.
Dia yang kucintai dulu,Dulu dia merobek hatiku,Dulu dia memberi harapan padaku,Perginya dia membuatkan ku hilang kepercayaan,Namun kembali lagi dia disisi membuat kan aku keliru,Apakah perasaan ini sebenarnya?Adakah aku ada lagi menyimpan secebis perasaan terhadap dia,Dia atau Dia..Dia itu sudah dimiliki dan bahagia melayari bahtera,,Sedangkan dia ini berusaha merebut kembali cintaku yang dia musnahkan dulu,Apa yang harus aku lakukan?Tapi ku tahu antara dia atau dia.Pasti dia yang harus aku pilih.
Di suatu petang yang nyaman sewaktu Seri dan Amjad baru selesai berjumpa dengan klien mereka..

"Bismillahirahmanirahim,wahai Seri bin Ahmad..Sudikah kau menjadi yang halal buatku untuk selamanya dan menjadi ibu kepada anak-anakku kelak serta menempuh semua liku kehidupan yang penuh pancaroba ini bersamaku?Sesungguhnya aku terlalu mencintai dirimu kerana Allah..terimalah pinanganku ini dengan rela hati dan keikhlasan dari lubuk sanubari.." 'Ya Allah,Amjad!! Apa yang awak dah buat ni?Bangun jangan melutut depan saya.Malu ah dahla kita ni dekat tempat awak..depan Eiffel Tower plak tu.Dah awak jangan nak meroyan'Seri menegur Amjad lalu dicelah 'Saya serius ni Seri,awak sudi tak jadi isteri saya dunia dan akhirat?'Tanya Amjad sekali lagi dengan penuh ketegasan dan dari hati yang ikhlas.

"Ye,SAYA SUDI".Di dalam hati Seri dia berjanji akan cuba menyayangi insan dihadapan matanya walau dia pernah terluka.Seri menitiskan air mata manakala Amjad melahirkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana telah memakbulkan doanya.
Terima kasih Tuhan,Moga dialah pilihan terbaik dalam hidupku.

 *****************************************************************************************************************************************************************

'Uwaaa,uwaaaaaaaaaaa..Mohd Rayyan bin Mohd Adam telah selamat dilahirkan.Puteranya yang comel itu merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi Adam juga Riana namun Adam tidak pasti adakah dia gembira dengan kelahiran putera sulungnya itu.. 'Sabarlah Adam..sudah sampai ajal Riana.Awak janganlah sedih,kalau arwah tahu mesti dia pon sedih.Awak kena tabah untuk menjalani hidup awak..lagipun awak dah ada anak sekarang.'Ujar Seri menenangkan Adam sambil diperhatikan Melor dan Amjad.Riana telah meninggal sewaktu berjuang melahirkan putera sulung mereka,Rayyan.'Riana..andai saja kau masih ada untuk menatap keindahan anugerah yang telah diberikan Allah kepada kamu berdua'..gusar Seri didalam hati.

Hari ke hari Rayyan sudah makin membesar dan dididik dengan penuh kasing sayang oleh ayahnya,Adam.Walaupun dia tidak mempunyai ibu namun Seri dan Melor selalu sahaja disamping sigenit itu untuk melayani kerenahnya yang pelbagai ragam.

'Adam,Melor aku ada benda nak cakap ni.'ujar Seri kepada mereka 'Apa dia?cakap jela' serentak Adam dan Melor membalas 'Apa dia?Cakap jela'.

'Bulan depan aku dengan Amjad nak nikah dah..korang datang tau jangan tak datang pulak.' Seri cuba menyusun kata sambil tersipu malu.

'Alhamdullilah kahwin jugak korang,Rayyan ni dah besar korang baru nak kahwin..haha aku doakan korang bahagia sampai ke syurga.'Melor melahirkan rasa syukur terhadap temannya yang akhirnya terbuka hati untuk berkahwin.'InsyaAllah Seri,aku mesti datang punya nak tengok wedding korang....kalau arwah Riana ada mesti lagi best..'Adam menambah.

******************************************************************************************************************************************************************

'Meh akak,nak touch up sikit-sikit lagi ni..Amboi makin berseri-seri kau Seri..untung Amjad dapat kau.Kau lagi lah untung dapat dia..dahla bekerjaya,kaya pulak tu.Akak ni bila lah pulak nak naik pelamin sekali lagi..Ujar Kak Yam yang memang gemar berceloteh.'Ye,aku memang bersyukur ada dia dalam hidup aku' Seri berkata dalam hati.

'Seri,boleh abang tanya sikit sebelum majlis akad nikah bermula?'Amjad menanyakan Seri melalui telefon.
'Apa dia bang,haish abang ni buat suspen pulak time ni.'Seri membalas...
'Seri awak cintakan saya dengan sepenuh hati awak?'
'Yelah,bang kenapa tanya macam tu?'
'Siapa Adam dalam hati awak?'
'Apa yang abang merepek ni?Dah la baik abang bersiap cepat pastu pergi dekat masjid ni.Rombongan Seri dah nak siap ni.'
'Seri jawab pertanyaan abang!'Amjad semakin serius sekarang.
'Dulu bang,dulu..tapi lepas Seri tahu Adam cintakan Riana..Seri berundur dan cuba hapuskan perasaan tu bang..Sekarang Seri dah ada abang dan Seri janji Seri akan cintakan abang dengan sepenuh hati Seri.Seri cintakan abang' tangis Seri..
'Maafkan abang,sayang.Abang cuma khuatir Seri menikahi abang kerana terpaksa.Abang tanya begitu kerana abang nampak ada wujud suatu kasih sayang antara awak dan dia.'
'Tak abang,tu semua dulu.Sekarang abanglah segalanya buat Seri.Dah pergi bersiap sekarang.'
'Baiklah,sayang.Abang pon tak sabar dah ni nak menjadi yang halal buat Seri....tunggu ye Seri..'
'Eiii,mengadalah abang ni..hehe'Seri membalas sambil menahan gelak,
'Seri,abang nak Seri tahu abang terlalu cintakan Seri..Seri lah hidup abang.Tunggu abang ye sayang'
'Seri cintakan abang jugak!!!'

******************************************************************************************************************************************************************


'Abang,abang!!Bangunlah..'Seri cuba mengejut suaminya yang lena dibuai mimpi.
'Apa dia sayang?'
'Urm,,Seri rasa macam nak makan lemang dengan rendang la'
'Hah?awak biar betul sayang takkan la waktu macam ni nak makan makanan tu..mana nak cari sayang oii'
'Sampai hati abang,saya dah mengidam sangat ni.Takpela kalau abang taknak cari biar saya kuar pergi cari..tak kira saya nak jugak.'
'Sayang,janganla macam ni..kita tunggu pagi esok ek?Selori abang bawak lemang nanti..sabar ek?'Ujar Amjad menenangkan Seri.
'Janji?'Rengek Seri.
'Ye sayang intan permata abang..dah dah abang nak tidur.Awak tu pon tidur la jugak kalau tak tidur malas ah abang nak cari lemang esok.Kesian anak abang dalam perut tu nak tido tapi mak dia pulak bangun merengek tengah malam buta ni'.

Seri bersyukur kehadrat Allah kerana telah memberikan dia sebuah cinta yang amat berharga.Pengorbanan cinta yang telah dibuatnya dulu berbaloi dengan kehadiran semula Amjad dalam hidupnya.Adam kini masih membujang dan sibuk menjaga Rayyan.Pernah juga Melor dan Seri menyuruhnya untuk mencari seorang ibu kepada Rayyan namun Adam mengatakan bahawa Riana sahajalah yang dapat mengisi hatinya.Riana bertuah kerana memiliki Adam namun aku tidak menyesal kerana tidak memilikinya suatu ketika dahulu kerna Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih indah kepada ku sekarang.Melor pula sudah memiliki 2 orang anak bersama Aril yang merupakan kekasih nya sejak di bangku sekolah lagi.Kini mereka masing-masing bahagia menjalani kehidupan sendiri.
Cinta itu sebuah pengorbanan,Cinta tidak seharusnya harus dimiliki dan memiliki,Kerna jika dia yang pertama tidak semestinya dia yang terakhir.

-Everything happens for a reason-

Cerpen ini adalah hak milik tunggal penulis blog ini.Sebarang salinan atau cetakan tidak dibenarkan.

3 comments:

  1. nICE!! <3 Sarah Suka.. So Sweet.. tapi, kalau buat novel lagi best kot.. :D :D

    ReplyDelete
  2. tak sempat lah Sarah kalau buat novel.Idea tu mmg banyak tapi kena terhadkan..penat dah tangan menaip..hehe

    ReplyDelete
  3. Mantop! Sape melor eah? >.<' trtanya-tnya

    ReplyDelete

Baca je?ala..komen la sikit.