About myself

My photo
Don't mess up with me.SPM victim 2013.Life is torturing.

Pembaca Setia :)

My Blog

Daisypath Vacation tickers

Duit Tabung.

Tuesday, July 5, 2011

Khas untukmu PAPA !

Papa,di saat aku kesedihan kau mengelap air mataku dengan tangan mu yang kasar.
Aku tahu kau berpenat lelah bekerja utk menyara kami semua.
Papa tatkala berita kehilangan mu sampai ketelingaku
Hancur hatiku,Papa jangan tinggalkan wa !
Penantian selama lebih 7 hari menanti khabarmu amat menyeksakan buatku.
13,14,15,16,17 Julai/2007 hari-hari itu aku lalui dengan titisan air mata
ku berdoa pada yang ber-KUASA agar dapat memelukmu kembali.

Pagi Jumaat itu sebelum kau bertolak kau sungguh ceria
tidak lansung menampakkan tanda-tanda akan meninggalkan kami semua.
Mama hidangkan bihun goreng dan kau menikmatinya dengan penuh selera.
aku pelik,kerna ku tahu bihun goreng bukan kegemaranmu.

Aku masih ingat ketawa hilai kita semua tatkala melihat kau memakai stoking yang baru kau beli di Thailand sewaktu berkursus dulu.
Stokin yang menampakkan jari-jarimu yang membuatkan aku geli hati melihatnya.
Papa itulah hilai ketawa kita yang terakhir bersama !!

Tatkala aku melihat kau memboncengkan motosikal biru kesayanganmu.
aku sedih . aku takut . Papa tolong jangan pergi Kuantan !

Di sekolah,aku dan teman-temanku berborak seandainya ibu bapa kita hilang dan mati ! Aku sudah berasa gelisah. Tidak dapat ku bayangkan hidup tanpa mu papa dan mama.

Petang itu,sewaktu kelas agama aku pelik kenapa dengan tidak sengaja aku terambil handphone yg kau berikan utkku. Byk sungguh panggilan yg aku terima dari temanmu tapi tidak ku jawab kerna aku tahu itu pasti urusan kerjamu. Itu no hp papa dulu. Ku berikan hp itu kpd ustazah utk disimpan,aku off kan hp itu dan ku ambil semula sewaktu balik kerna dikhuatiri hilang.

Setibanya di rumah aku terus melulu ke arah mama utk bagi tau yg aku terbawak hp ke sek.time tu mama tgh solat asar sambil bc yasin and nangis.aku pelik ! Danish adik bongsuku meluru ke arah ku dan kata 'kakak,papa hilang' apa? jangan main2.yer,papa hilang.mama betul ke papa hilang?

Penantian selama 7 hari sangat menyeksakan papa buat kami..tiap saat wa fikir papa dah makan ke belum.mcmana papa survive dlm hutan? tiap hari jgak semua jenis suratkhabar akan ad dlm rumah utk tgk berita lanjut.

Hari Selasa Alhamdullilah helikopter yg papa naik dah jumpa.area genting sempah. aku dgn penuh harapan percaya papa masih hidup ! mama and Danish time tu xde kat rumah pergi kat kem. tetiba dpt call dri mama cruh kemas2 brg utk balik Kelantan.
Aku lagi la pelik.Papa mestila tgh sakit pastu kenapa nx balik kg? aku tanya semua org dlm rumah.Tokma ku yg tgh stroke menangis.Papa,tau tak wa tanya semua org dlm rumah 'papa x mati kan?' and semua org kata papa ok. aku lega. masa tgh kemas ad org atasan call utk ambik aku and afiq adikku nx bwk pergi kat kem sekali ngan mama.

Masa dlm van tuh mcm2 soalan dorang tanya aku.aku pon pelik jgak !
sampai je kat kem aku terus cari mama then penjaga kitaorg pon bwk jumpa mama time tu mama tgh nangis and bc yasin..aku tanya mama kenapa?papa kan ok.semua org dlm room tu aku tanya tapi semua org senyap x nak jawab.tetiba mama pon ckp 'bagitau je hal sebenar,lama2 dorang kena tau jgak'.

Papa tau tak ms dorang ckp papa dah meninggal dunia wa pengsan !! wa mcm kena histeria !! menjerit sana sini. Wa kecewa,terkilan ! Papa baru balik dr Thai x sampai seminggu lebih pon lagi dahla papa stay kat sana lama giler.tup tup !!papa pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya.

Hari Khamis tu,kami semua bwk jenazah papa naik charlie/helikopter khas.Papa tau tak Sultan Pahang sanggup naik flight dr Pahang direct ke KL utk iringi jenazah papa sorang2 je. Wa kagum dgn papa ! Papa lah wira buat wa.

Sampai kat kelantan utk kebumikan papa pon ada polis bagai yg kawal traffic light and berderet2 kereta utk jg keselamatan iringi Papa ! lps solat jenazah kat rumah tok then pergi masjid Nik Aziz plak yg imamkan solat jenazah.Papa semoga papa ditempatkan di syurga !
Alhamdullilah,sesi pengebumian berjalan dgn lancar.

Papa,walaupun papa pergi dengan mengejut tatkala kami tak bersedia kehilanganmu lagi namun kami tetap redha dgn tetapan Illahi.Papa,kdg2 wa rasa x sanggup kehilangan papa.tapi wa tahu papa xkan kembali lagi kat dunia ni.
Papa,semenjak papa xde mcm2 jenis org yg wa dah jumpa.Org gila harta ! wa pon dah tau sape yg boleh and xleh buat saudara mara, terlalu byk pahit getir dlm menempuh kehidupan yang tidak tahu penghujungnya bila ini. Tokma plak menyusul papa sebulan selepas ketiadaan papa ! ya Allah ! betapa beratnya dugaanmu.selepas kehilangan papa aku lansunng x ambik kisah pasal tokma,x sempat pon nx layan tokma,x sempat pon nx minx maaf ngan tokma. Tokma wa syg sgt tokma ! Tokma adalah satu-satunya tokma yg wa paling syg !!

Papa,wa hanya dapat berdoa dari jauh.wa harap kita akan berjumpa kembali di alam sana.Di syurga !! Papa wa sayang papa. Selamat hari jadi papa ! 5/7 wa xkan lupa tarikh kelahiran papa.
Papa wa nx PMR thun ni.Doakan wa supaya berjaya dan boleh membanggakan mama !! Papa,semenjak papa pergi wa tak pernah jejakkan lagi kaki ke genting sempah dan genting highlands!! Wa x sanggup. Wa igt lg dulu time kita ad family day kat genting wa pernah janji kat mama and papa nx buat rumah banglo besar kasi mama and papa stay kat sana..tapi xmungkin ia akn dpt wa realisasikan.Papa,wa sayang papa.wa rindu papa. Selamat Hari Jadi,PAPA ! seandainya papa tahu apa yg wa luahkan sekarang..

-AL-FATIHAH-

**bulan JULY banyak membawa kenangan pdku !!



2 comments:

  1. maya seriously im crying maya.. hope tabah maya. awk kuat! awk kuat maya!

    ReplyDelete
  2. maya!!! s0 sad maya!!! sy nangis bc cite awk niyh!! maya!!! tabah k!! klu ad pape cite jerh kat sy!!

    ReplyDelete

Baca je?ala..komen la sikit.