About myself

My photo
Don't mess up with me.SPM victim 2013.Life is torturing.

Pembaca Setia :)

My Blog

Daisypath Vacation tickers

Duit Tabung.

Wednesday, June 8, 2011

'Anak Malaysia'??

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Pertubuhan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) menggesa Putrajaya agar membenarkan seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat dan suaminya mendaftarkan bayi mereka sebagai “Anak Malaysia” dan menghormati hak seorang rakyat.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, SABM merujuk kepada insiden melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya M. Ramachandran yang gagal mendaftarkan bayi mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bayi perempuan pasangan itu bernama Shay Adora Ram berusia tujuh hari cuba didaftarkan sebagai “Anak Malaysia” tetapi gagal.

“Kami merujuk kepada laporan yang mengatakan Jabatan Pendaftaran Negara menolak permohonan M. Ramachandran dan Hannah Yeoh (gambar) untuk mendaftarkan anak perempuan mereka sebagai ‘Anak Malaysia’.

“Kami menyokong tindakan ibu bapa menentukan identiti anak-anak mereka dan kami memuji Ramachandaran dan Hannah yang berani mempertahankan prinsip mereka.

“Pendirian mereka mengingatkan kepada ciri-ciri baik yang ada dan sebagai rakyat mereka layak mendapat penghormatan,” kata SABM.

Justeru kata kenyataan itu, SABM mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinet dengan segera mengarahkan JPN menerima dan mendaftarkan Shay sebagai “Anak Malaysia.”

Selain itu, SABM juga menggesa Putrajaya agar membenarkan mana-mana bayi didaftarkan di bawah label “Anak Malaysia” jika dikehendaki ibu bapa.

“Kami menyeru Perdana Menteri dan Kabinet dengan segera mengarahkan JPN menerima dan mendaftarkan bukan sahaja Shay Adora Ram tetapi semua bayi yang mahu didaftarkan sebagai ‘Anak Malaysia’.

“Ini akan menunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan benar-benar ikhlas untuk melaksanakan konsep 1 Malaysia,” katanya.

Yeoh dan Ramachandran telah ke JPN di Putrajaya untuk mendaftarkan kelahiran Shay.

Pasangan itu cuba mendaftarkan anak mereka sebagai “Anak Malaysia” namun diberitahu pegawai jabatan itu bahawa sistem sekarang tidak membenarkan.

“Kami diberikan borang untuk diisi. Jadi kami letak ‘Anak Malaysia’ di ruangan ‘bangsa’ tetapi seorang pegawai berkata bangsa mestilah didefinisikan mengikut keturunan ibu bapa mereka iaitu Cina atau India.

“Kami jawab anak perempuan kami bukan Cina ataupun India.” kata Hannah.

Beliau kemudian memilih untuk mengosongkan ruangan itu tetapi ditolak pegawai berkenaan.

Ekoran kegagalan itu, pasangan itu memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran akan mereka tetapi diberitahu tindakan itu akan mengeruhkan lagi keadaan dan mungkin boleh menjejaskan hak anak terutamanya ketika mendapatkan rawatan.

Justeru pasangan itu membuat keputusan mendaftarkan bayi mereka sebagai berbangsa Cina buat masa sekarang.

*mcm2 betol la sekarang nih yg terjadi. cg sej aku pernah ckp 'Melayu sudah byk berkorban' kasi taraf kerakyatan and so on !! yelah,kalau nx kira kan ni Tanah Melayu.

now,hak kita sebagai org melayu pon makin hilang.korang rs camne? ceeh,berceramah plak aq'

maklumlah sej form 3 thun ni kan belajar pasal hal2 politik..Malayan Union,PKM and so on.

jgn nanti bangsa melayu merempat kat negara sendiri plak..!

**nota:Ini hanyalah luahan sy,tiada unsur perkauman !PEACE NO WAR.

3 comments:

  1. melayu dah ta macam melayu. tu je. melayu mudah lupa, melayu jugak mudah percaya.

    ReplyDelete
  2. betul tu.melayu semakin alpa.:(

    ReplyDelete
  3. a'ah maya.. sy setuju ngn awk.. org melsyu da banyak berk0rban.. mane hak org melayu?? huhu

    ReplyDelete

Baca je?ala..komen la sikit.